Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUCHING, 23 Okt -- Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) hadir pada Majlis Pelancaran Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Borneo Kuching malam ini. Turut hadir Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg (kiri) dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa (kanan). --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA KUCHING, Oct 23 -- Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (center) attends the Malaysian Family Launch Ceremony at Borneo Convention Centre Kuching tonight. Also present Sarawak Chief Minister Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg (left) and Communications and Multimedia Minister Tan Sri Annuar Musa (right). --fotoBERNAMA (2021) COPYRIGHT RESERVED

Sarawak antara negeri diberi tumpuan khusus bagi merapatkan jurang pembangunan ekonomi- PM

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 23 OKTOBER : Kerajaan Persekutuan akan terus memberi fokus dan keutamaan dalam mendapat manfaat bantuan-bantuan kerajaan di bawah Keluarga Malaysia terutamanya golongan B40 dan M40 yang terkesan akibat pandemik COVID-19, kata Perdana Menteri Dato Sri Ismail Yaakob.

Menurut beliau, pembangunan sosio-ekonomi negara di negeri-negeri yang kurang membangun akan terus diberi keutamaan.

“Sarawak merupakan antara 6 negeri selain Sabah, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis yang diberi tumpuan khusus bagi merapatkan jurang pembangunan ekonomi antara negeri, wilayah, bandar dan luar bandar, agar kemakmuran ekonomi dinikmati secara adil dan saksama,” kata Ismail Sabri semasa Majlis Pelancaran Keluarga Malaysia pada hari Sabtu di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) Sarawak.

Bagi tujuan ini, beliau berkata sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keseluruan peruntukan pembangunan asas persekutuan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) akan diagihkan kepada enam negeri ini.

“Antaranya melibatkan infrastruktur asas, pendigitalan, pendidikan, perkhidmatan penjagaan kesihatan dan pembangunan ekonomi,” ujarnya lagi.

Tambah beliau, pendekatan yang sama juga akan menjadi intipati Bajet 2022 yang bakal dibentangkan pada minggu hadapan.

“Mengambil contoh sebuah keluarga, andai kata ada di kalangan anak kita yang lemah dari segi pembelajaran, sudah tentu kita akan memberi lebih tumpuan,”

“Dalam merealisasikan matlamat Keluarga Malaysia yang menekankan nilai-nilai Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran, kerajaan akan memantau secara dekat pelaksanaan program dan inisiatif yang dirancang, khususnya Sabah dan Sarawak, dalam usaha memastikan kita sama-sama membangun sebagai sebuah Keluarga Malaysia,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

ByFirdaus Ismail-
ByDouglas Elliot-
ByLuqman Muhammad-