Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pakaian sukan Squid Game jadi pilihan di Korea Selatan, pesanan sebanyak 6,000 dalam tempoh dua minggu
Pakaian sukan Squid Game jadi pilihan di Korea Selatan, pesanan sebanyak 6,000 dalam tempoh dua minggu

Pakaian sukan Squid Game jadi pilihan di Korea Selatan, pesanan sebanyak 6,000 dalam tempoh dua minggu

Baju olahraga hijau dan “jumpsuits” berwarna merah jambu yang digunakan oleh pelakon dalam drama bersiri Korea terbitan Netflix, Squid Game mendapat permintaan tinggi di Korea Selatan.

Di tambah faktor perayaan Halloween tidak lama lagi, industri pakaian di negara itu yang sebelum ini terjejas teruk berikutan pandemik kini seolah -olah mendapat sinar baharu apabila tempahan bertali arus diterima.

Sebuah kilang pakaian di daerah Seongbuk, Seoul sebagai contoh ketika ini terpaksa melanjutkan operasi dengan para pekerja dilihat sibuk menjahit bagi memenuhi pesanan pelanggannya.

“Oktober biasanya merupakan bulan yang kurang tempahan bagi industri jahitan, tetapi terima kasih kepada drama berkenaan dan perayaan Halloween, kilang saya kini sibuk menyiapkan pesanan,” dedah pemilik kilang , Kim Jin Ja kepada Reuters.

Jin Ja berkata, jualan tahunannya sebanyak 1.5 bilion won ($1.27 juta) menjunam kepada satu pertiga akibat wabak COVID-19.

Kebanyakan pesanannya datang dari Jepun tetapi sekatan perjalanan memaksanya untuk menutup operasi pada Ogos dan September.

Ketika ini, kilang berkenaan menurut Jin Ja sedang berhempas pulas untuk menyiapkan 6,000 pakaian sukan yang ditempah dalam tempoh dua minggu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan