Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

GPS tidak gentar Undi18

KUCHING, 23 Okt: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak gentar akan pelaksanaan Undi18.

Malahan menurut Setiausaha Agungnya Dato Sri Alexander Nanta Linggi, GPS telahpun terlebih dahulu membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) supaya mereka yang berusia 18 tahun boleh menjadi pengundi.

“Ini juga sudah diluluskan di Dewan Rakyat dan kita tidak teragak-agak pada masa itu untuk mebentangkan RUU ini supaya undang-undang baharu ini diluluskan dan mereka yang berusia 18 tahun boleh secara automatik menjadi pengundi,” katanya pada sesi temuramah khas di sini.

Setiausaha Agung GPS, Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Terdahulu, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg turut menegaskan bahawa dakwaan pembangkang yang mengatakan kerajaan GPS ingin mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 secepat mungkin untuk mengelak daripada pelaksanaan Undi18 adalah tidak berasas sama sekali.

Tegas Ketua Menteri, pentadbiran kabinet negeri sekarang berada dalam ‘tempoh pinjaman’.

Oleh itu, PRN perlu dilaksanakan untuk mendapat mandat daripada rakyat.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan