Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

PM Datuk Seri Ismail Sabri selamat sampai di Kuching.

Kuching, Oktober 23: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching sekitar 11.00 pagi tadi.

Ini merupakan kali pertama Ismail Sabri menjejaki bumi kenyalang sebagai perdana menteri.

Beliau disambut oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan sambil ditemani oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Ismail Sabri akan menghadiri taklimat pembangunan negeri oleh Unit Perancangan Ekonomi (EPU) yang dipengerusikan oleh Menteri Utiliti, Dato Sri Dr. Stephen Rundi.

Lawatan beliau ke tapak hospital baharu di Petra Jaya yang dijadualkan pada pukul 3.00 petang telah diawalkan kepada jam 2.00 petang.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan