KUALA LUMPUR, 22 Okt: Negeri Johor dan Terengganu beralih ke Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa 25 Okt (Isnin), menurut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ismail Sabri berkata peralihan tersebut mengambil kira penilaian risiko semasa yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
“Prosedur operasi standard (SOP) bagi negeri-negeri yang memasuki Fasa 4 adalah sama dengan sebelum ini.
“Keterangan SOP terkini akan dikemas kini oleh MKN di laman sesawang rasmi www.mkn.gov.my,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sementara itu Ismail Sabri berkata Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 hari ini juga telah bersetuju kemudahan vaksinasi lengkap untuk golongan dewasa, turut diperluas kepada golongan remaja yang telah divaksin lengkap.
— BERNAMA