Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
SRI AMAN, 21 Okt -- Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Datuk Abang Johari Tun Openg (dua, kanan) merasmikan Wisma Sri Aman Development Agency (SADA) hari ini. Turut hadir Pengerusi SADA Datuk Seri Rohani Abdul Karim (kiri). -- fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Politik Sarawak aman, teruskan usaha kita – Abang Johari

BySalasiah Safian

SRI AMAN, 21 Okt: Ketua Menteri menjelaskan bahawa Sarawak merupakan negeri yang mempunyai kestabilan politik di negara ini.

Menurut Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, ini kerana tidak tercetus pergaduhan dalam berpolitik.

Ujarnya, setiap wakil rakyat hanya memberikan fokus untuk menjalankan tugas berkhidmat kepada rakyat di kawasan masing – masing.

“Kita di Sarawak, politik aman, teruskan usaha kita. Semakin dekat ‘beduk’ hendak berbunyi, macam-macam yang didengari. Ia terpulang kepada anda semua untuk menilainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Sri Aman Development Agency (SADA) di sini hari ini.

Ucapan Abang Johari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok itu juga berpesan kepada rakyat Sarawak bahawa masa depan negeri ini ditentukan oleh mereka sendiri.

“Negeri ini ditentukan oleh rakyat, terpulang kepada anda. Saya pun sudah tidak lama. Maksudnya, pemimpin itu bertukar ganti,” katanya.

Pada masa sama , beliau menegaskan, sebuah kerajaan yang stabil amat diperlukan oleh rakyat kerana sekiranya hanya mempunyai dana semata -mata tidak akan dapat membangunkan sesebuah negeri.

Dalam pada itu, ketika menyentuh pembangunan di Sri Aman , beliau menjelaskan pelbagai inisiatif akan diperkenalkan.

Sri Aman menurutnya sangat berpotensi untuk dijadikan sebagai pusat makanan dan tempat pelancongan.

Kawasan berkenaan akan dibangunkan melibatkan pelbagai sudut termasuk talent development yang merupakan asas kepada penubuhan SADA. -TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan