Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

DUN Sarawak belum bubar – Ketua Menteri

BySalasiah Safian

SRI AMAN, 21 Okt: Ketua Menteri menepis spekulasi yang bertiup kencang kononnya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubarkan hari ini.

Sebaliknya Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, keputusan untuk membubarkan DUN Sarawak terletak di bawah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong.

Mengakui beliau telah menghadap Yang di-Pertuan Agong baru -baru ini, Abang Johari menjelaskan isu pembubaran DUN dan pilihan raya tidak disentuh.

” Sebaliknya ketika sesi menghadap Seri Paduka, perkara yang dibincangkan ialah berkenaan darurat dan situasi semasa COVID-19. Itu sahaja, tiada apa-apa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Pelancaran Sri Aman Development Agency (SADA) di sini hari ini.

Sejak malam tadi, beberapa portal berita tempatan memetik sumber mengatakan pengumuman pembubaran DUN dijangka akan berlaku hari ini.

Hari ini pula, sebuah portal berbahasa Inggeris melaporkan bahawa DUN akan dibubarkan esok namun pejabat Ketua Menteri dalam reaksi segera menafikan terdapat sebarang mesyuarat berlangsung untuk mengumumkan tarikh pembubaran DUN.

Sementara itu, Abang Johari menjelaskan, perihal pembubaran DUN dan perlaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) adalah bukan bidang kuasa beliau.

“Itu kuasa Yang di-Pertuan Agong. Jika Agong berkehendakkan pilihan raya, maka kita akan buat pilihan raya. Saya tidak dapat memberitahu secara terperinci,” katanya.

Abang Johari berkata, beliau sendiri terkejut dengan berita pembubaran DUN yang rancak sejak malam tadi namun meminta semua pihak supaya menunggu perkembangan selanjutnya.

Ketika ditanya sama ada adakah calon langsung dibenarkan untuk bertanding atas tiket GPS, beliau menjawab belum masanya untuk pilihan raya. – TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan