Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

PM ucap takziah kepada keluarga anggota bomba meninggal dalam operasi banjir di Melaka

KUALA LUMPUR, 21 Okt — Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan takziah kepada keluarga anggota bomba Allahyarham Mohd Diya Che Jusoh, yang meninggal dunia 3.11 pagi ini, ketika terlibat membantu mangsa banjir di Melaka.

Ismail Sabri menerusi hantaran melalui Facebooknya juga mengucapkan takziah kepada seluruh Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Melaka di atas pemergian itu.

“Didoakan semoga tabah menghadapi dugaan ini. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya menerusi hantaran itu.

Allahyarham Mohd Diya, anggota Balai Bomba dan Penyelamat Melaka Tengah, lemas selepas rebah ke dalam air banjir di Kampung Sungai Putat, Ayer Keroh petang semalam, meninggal dunia awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang semalam, mangsa dipercayai sedang memasang tali di kawasan banjir bagi membantu penduduk kampung keluar dari kediaman masing-masing. 

Mangsa dipercayai rebah secara tiba-tiba ke dalam air banjir berarus deras separas dada orang dewasa, namun disedari anggota bomba lain yang turut berada di situ dan mengambil masa hampir 10 minit untuk membawa mangsa ke tempat selamat. 

— BERNAMA

Tags: #bm, bomba

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan