Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
诗巫SERI KENANGAN老人院近期内投入运作,让老年人有庇护之所。(示意图)

Pembentangan Rang Undang-undang warga emas dijangka tahun depan

KUALA LUMPUR, 20 Okt — Rang Undang-undang Warga Emas dijangka dibentangkan di Parlimen tahun depan, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff.

Beliau berkata kajian berhubung rang undang-undang itu telah selesai dijalankan pada 1 Okt lepas dan kini di peringkat persediaan.

“Kerajaan sangat peka dengan keperluan warga emas dan kita telah membuat kajian untuk mewujudkan satu akta khusus untuk warga emas,” katanya dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Senator Fadhlina Sidek yang ingin tahu adakah kerajaan berhasrat untuk mewujudkan satu undang-undang khas berkaitan pembelaan dan perlindungan warga emas yang terkait rapat dengan pengabaian.

Sementara itu, Siti Zailah dalam sidang medianya berkata dalam menuju ke status negara tua pada 2030, pihak kementerian menyasarkan untuk mewujudkan sebuah Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) bagi setiap Parlimen di seluruh negara.

“Sehingga Ogos 2021, seramai 49,675 warga emas telah berdaftar dengan 143 buah PAWE sedia ada di seluruh negara dan tahun ini, kerajaan telah memperuntukkan pertambahan 10 lagi PAWE baharu.

“Pihak kerajaan juga berhasrat menyediakan 222 buah PAWE dengan satu Parlimen akan mempunyai satu PAWE dan setakat ini 131 kawasan Parlimen telah mempunyai PAWE,” katanya.

Mengenai sambutan Bulan Keluarga Malaysia yang akan disambut pada 6 Nov ini dengan tanda pagar #KeluargaMalaysia dan slogan ‘Kita Kan Keluarga Malaysia’, beliau berkata sambutan itu akan dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam suasana norma baharu.

“Sambutan ini diadakan bagi menggalakkan masyarakat untuk mengutamakan keluarga agar nilai-nilai murni dan kasih sayang dapat dipupuk dalam kalangan generasi muda terhadap keluarga mereka,” katanya.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan