Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

JPBN Sarawak pastikan masyarakat Penan Ulu Baram disuntik vaksin

MIRI, 19 Okt: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN) akan berusaha memastikan masyarakat Penan di Ulu Baram menerima vaksin COVID-19.

Menurut Timbalan Ketua Menteri yang juga Pengerusi JPBN Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, kerajaan akan meminta bantuan pertubuhan bukan kerajaan dan wakil rakyat untuk meyakinkan golongan berkenaan.

“Sekarang kita menyediakan bekalan vaksin CanSino.

“Vaksin dos tunggal ini adalah pilihan yang baik untuk mereka dan petugas perubatan kita akan pergi ke kawasan mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Datuk Amar Douglas Uggah Embas menghadiri taklimat mengenai dos penggalak COVID-19 dan Program vaksinasi remaja Bahagian Miri.

Sementara itu, ketika kumpulan etnik minoriti ini hidup secara berselerakan di enam penempatan berlainan di Ulu Baram, Uggah turut bersetuju dengan cadangan Pegawai Kesihatan Bahagian Miri  Dr Raviwharmman Packierisamy agar sepasukan perubatan sukarela diketuai oleh doktor dari Jabatan Kesihatan negeri termasuk pesara kakitangan perubatan dari Baram untuk melawat ke kawasan penempatan berkenaan.

“Pasukan ini akan pergi ke kawasan-kawasan pedalaman untuk memberikan rawatan perubatan dan pergigian selama beberapa hari. Mereka mempunyai hubungan erat dengan penduduk tempatan dan telah mendapat kepercayaan mereka.

“Kerajaan negeri bersedia memberikan bantuan kewangan kepada pasukan kesihatan untuk bantu masyarakat Penan,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan