KUCHING, 18 Okt : Muzium Budaya Borneo yang baru dijangka dibuka kepada orang ramai menjelang suku pertama tahun depan, kata Menteri Pelancongan, Kesenian Dan Kebudayaan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.
Menurutnya, muzium tersebut sepatutnya dibuka pada akhir tahun lalu, tetapi pandemik COVID-19 telah memaksa rancangan tersebut ditunda.
“Sepatutnya dirasmikan hujung tahun lepas,”
“Tapi ekoran dengan COVID-19 ia telah ditunda, jika akhir tahun ini, kita mungkin tidak dapat,”
“Mungkin suku pertama tahun depan saya rasa. Mudah-mudahan saya dapat melakukannya pada waktu itu,” tambahnya.
Abdul Karim berkata, muzium tersebut seharusnya diperluas bagi menampung kemasukan lebih ramai pengunjung.
Selain itu, beliau turut berkata lebih banyak masa diperlukan bagi pembukaan muzium kerana bahan-bahan seperti artifak dan spesimen perlu dibawa masuk terlebih dahulu.