Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

RM10 juta bagi industri seni kreatif di Sarawak – Abdul Karim

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 18 Okt : Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan sedang mempertimbangkan peruntukan geran dan bantuan kepada industri seni kreatif di Sarawak melalui tabung fasilitasi warisan, kesenian dan kebudayaan, umum menterinya Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Katanya, dana bernilai RM10 juta tersebut adalah yang pertama untuk kementeriannya yang akan dilaksanakan tahun depan.

“Dengan besar hatinya ingin saya umumkan belanjawan negeri tahun 2022 oleh Ketua Menteri iaitu sebanyak RM10 juta untuk kementerian saya yang boleh kita berI dalam bentuk geran atau bantuan kepada mereka yang juga terlibat dalam industri tekstil dan tenunan,” beliau berkata  demikian sewaktu merasmikan  hari ketiga majlis ‘Tenun Fashion Week 2021’ pada Ahad.

Abdul Karim juga berkata melalui majlis seumpama itu dapat membawa bidang seni tekstil ke tahap yang tinggi di persada dunia.

Selain itu, beliau turut melahirkan rasa bangga dan memuji sub-etnik Sarawak yang mempunyai identiti dan cara masing-masing dalam bidang tenunan.

“Bagi pihak kerajaan negeri, saya ingin mengucapkan tahniah kepada penenun Pua Kumbu dan Songket dari Kapit, Gedong, Belawai dan Kuching yang telah mempamerkan koleksi mereka dalam ‘Tenun Fashion Week’,” ujarnya lagi.

Menurutnya, penubuhan dana ini menunjukkan kerajaan negeri mengambil berat serta menyokong warisan, seni dan budaya dengan menyediakan peruntukan untuk industri ini.

Pada masa yang sama, Abdul Karim berkata kerajaan negeri mencari cara bagi membantu penenun tradisional di Sarawak untuk menerokai arus perdana serta menyertai fesyen dunia.

Sementara itu, Abdul Karim turut memuji penenun adiguru kraf Pua Kumbu Bangie Embol dari Rumah Gare Tinggang di Sungai Kain, Ulu Kapit, yang telah menempa sejarah kerana  mendapat pengiktirafan daripada  Pertubuhan Pendidikan, Saintifik, Dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) melalui seni tenunan beliau.

Kepakaran beliau menenun pua ini telah membuka peluang untuknya menjelajah  dunia  bagi mempromosi dan mempamerkan seni kraf tenunan etnik Sarawak.

Antara lain,  pameran luar negara yang pernah beliau sertai adalah di Sweden, Paris, Bangkok, Manila dan Singapura.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan