Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
1,040 calon bakal bertanding dalam pilihan raya umum Jepun
1,040 calon bakal bertanding dalam pilihan raya umum Jepun

1,040 calon bakal bertanding dalam pilihan raya umum Jepun

ByBernama

TOKYO, 18 Okt: Kira-kira 1,040 calon bakal bertanding dalam pilihan raya umum yang dijadualkan pada 31 Okt untuk merebut 465 kerusi di Dewan Perwakilan Jepun, dengan kempen bermula pada Selasa, lapor Xinhua, memetik Kyodo News.

Pemimpin parti politik utama memulakan sesi debat pada Isnin petang di Tokyo, dan topik utama yang mungkin difokuskan pengundi adalah tindak balas COVID-19 seperti dasar untuk memulihkan ekonomi domestik yang terjejas teruk akibat pandemik, lapor media tempatan.

Perdana Menteri Fumio Kishida, yang memenangi pemilihan presiden Parti Demokratik Liberal (LDP)  pada 29 Sept lepas, dijangka akan menumpukan “bentuk kapitalisme baharu” untuk merealisasikan kitaran positif pertumbuhan ekonomi dan pengagihan semula kekayaan.

Ketua Parti Perlembagaan Demokratik Jepun (CDPJ), Yukio Edano, dijangka akan membidas idea Kishida yang bercadang mengkaji semula kadar cukai keuntungan modal, berkemungkinan untuk menaikan kadar cukai.

Natsuo Yamaguchi dari Komeito, Kazuo Shii (Parti Komunis), Yuichiro Tamaki (Parti Demokratik untuk Rakyat), dan Ichiro Matsui (Parti Inovasi) akan turut serta dalam debat itu.

LDP dan sekutunya Komeito kini mempunyai 305 daripada 465 kerusi di dewan rakyat.

Menurut tinjauan Kyodo News yang dilakukan pada hujung minggu, LDP menerima sokongan 29.6 peratus responden, CDPJ (9.7 peratus) dan Komeito (4.7 peratus)  manakala 39.4 peratus lagi responden masih belum pasti parti pilihan mereka. 

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan