Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sabah benarkan penerima vaksin Cansino memasuki premis perniagaan mulai esok

KOTA KINABALU, 18 OKTOBER: Penerima vaksin jenis dos tunggal (Cansino) dibenarkan memasuki premis-premis perniagaan mulai esok, umum Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Ir. Shahelmey Yahya

Jelas beliau, mereka yang ingin memasuki premis perniagaan hanya dibernarkan berbuat demikian selepas tempoh masa yang telah ditetapkan daripada tarikh menerima vaksin.

“Vaksin jenis Cansino ini adalah vaksin jenis dos tunggal. Ianya bersamaan dengan vaksin jenis dua dos yang lain. 

“Tiada halangan bagi mereka yang menerima vaksin jenis dos tunggal untuk masuk ke mana-mana premis perniagaan atau untuk melakukan urusan.

“Tetapi ianya mestilah selepas 28 hari dari tarikh mereka mendapatkan vaksin jenis Cansino,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Exco Kesihatan Negeri Sabah itu berkata, usaha pemberian vaksin kepada orang ramai akan tetap diteruskan walaupun dengan penutupan beberapa pusat pemberian vaksin (PPV) di negeri ini.  

Jelasnya, tidak timbul soal masalah untuk mendapatkan vaksin.

“Walaupun beberapa PPV telah ditutup, terdapat 16 buah PPV lagi yang masih dibenarkan beroperasi di kawasan-kawasan yang masih memerlukan.

“Bagi kawasan yang sudah tidak mempunyai PPV, pemberian vaksin akan dilakukan di klinik-klinik kesihatan yang berdekatan,” jelasnya lagi

Shahelmey juga mengingatkan orang ramai agar terus patuh kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi mengelak dijangkiti virus Covid-19.

“Dengan peralihan dari fasa pandemik ke fasa endemik ini, saya ingin mengingatkan orang ramai untuk tetap mematuhi SOP yang telah ditetapkan demi menjaga keselamatan diri, keluarga dan masyarakat,” tambah beliau.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan