Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Liverpool benam Watford, Manchester United dimalukan Leicester

LONDON, 17 Okt : Dua kelab terbesar dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United (MU) dan Liverpool, beraksi semula pada minggu kelapan musim semasa selepas liga berehat untuk memberi laluan kepada perlawanan antarabangsa pada minggu lalu.

Skuad Jurgen Klopp bertandang ke tempat lawan, Watford FC, manakala anak buah Ole Gunnar Solskjær bertemu dengan juara musim 2015–16, Leicester City.

Walaupun tanpa dua pemain tonggak, Alisson dan Fabinho, akibat perintah kuarantin selepas bermain dalam perlawanan antarabangsa untuk Brazil, Liverpool masih berupaya meratah Watford untuk mencatatkan kemenangan besar 5-0.

Kesemua jaringan disumbangkan oleh trio penyerang berbisa Liverpool, Roberto Firmino, Sadio Mane dan Mohamed Salah.

Firmino melengkapkan hatrik untuk menjadi pemain kedua dari Brazil yang berjaya melakukannya lebih daripada sekali.

Salah melonglaikan pertahanan lawan dengan gol yang kemas pada minit ke-54 manakala Sadio melengkapkan jaringan dengan gol keseratusnya dalam Liga Perdana Inggeris untuk meletakkan Liverpool di tempat teratas carta liga.

Keputusan muktamad perlawanan Liverpool – Watford


Berbeza pula bagi kesudahan kunjungan pasukan The Red Devils ke Stadium King Power apabila skuad kendalian Brendan Rogers mudah menewaskan MU 4-2.

MU mendahului pada minit ke-19 hasil jaringan Mason Greenwood sebelum Youri Tielemans menyamakan kedudukan 1-1 pada babak pertama.

Memasuki separuh masa kedua, kedua-dua pasukan berbalas serangan dan Çağlar Söyüncü berjaya menewaskan De Gea sebelum Marcus Rashford melakukan ‘comeback’ dengan satu jaringan pada minit ke-82.

Kegembiraan MU tidak lama apabila Jamie Vardy merembat gol kemenangan pada minit ke-83 sebelum Patson Daka menambah duka dengan gol keempat untuk Leicester pada minit akhir perlawanan.

Keputusan itu menamatkan rekod tanpa kalah MU dalam 29 perlawanan di tempat lawan. Dua kekalahan berturut-turut dalam EPL menempatkan mereka di tangga kelima. – TVS

Keputusan muktamad perlawanan Manchester United – Leicester City

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan