Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Individu lengkap vaksinasi boleh kunjungi Sarawak tanpa jalani saringan COVID-19

KUCHING, 16 Okt : Golongan yang sudah lengkap vaksinasi tidak lagi diwajibkan membuat permohonan memasuki Sarawak menggunakan aplikasi EnterSarawak tidak lagi perlu menjalani ujian saringan COVID-19.

Menerusi satu kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak pada Sabtu, kemasukan individu ke Sarawak dari negeri lain hanya perlu mengisi e-Health Declaration Form (eHDF), memiliki bukti status ‘Lengkap Vaksinasi’, dan memiliki status ‘Risiko Rendah’ atau ‘Kontak Kasual Tidak Bergejala’ sahaja dalam aplikasi MySejahtera.

“Pemeriksaan MySejahtera akan dibuat sebelum individu dibenarkan menaiki pesawat/bot penumpang atau di ICQS,” katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.

Bagaimanapun, bagi individu yang tidak divaksin atau belum lengkap menerima dos suntikan vaksin COVID-19 pula wajib membuat permohonan melalui EnterSarawak selain perlu mengisi borang e-Health Declaration Form (eHDF).

“Mereka juga diwajibkan untuk membuat saringan ujian rt-PCR atau RTK Antigen (swab) dalam tempoh 3 hari sebelum memasuki Sarawak (keputusan ujian self-test kit tidak diterima).

“Selain itu, mereka juga wajib memiliki status ‘Risiko Rendah’ atau ‘Kontak Kasual Tidak Bergejala’ sahaja dalam aplikasi MySejahtera,” menurut kenyataan tersebut

Kenyatan itu juga menyebut pemeriksaan MySejahtera dan EnterSarawak akan dibuat sebelum individu dibenarkan menaiki pesawat/bot penumpang atau di ICQS selain perlu menjalani kuarantin di rumah/stesen kuarantin selama 10 hari (Tertakluk kepada penilaian risiko oleh Pegawai Kesihatan).

Pada masa sama, JPBN Sarawak menegaskan untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun perlu membuat saringan COVID-19 sekiranya memasuki Sarawak bersama ibubapa atau penjaga yang tiada/ tidak lengkap vaksinasi.

Sementara itu, kemasukan ke Sarawak dari luar negara atau pengembara dari luar negara yang ingin memasuki Sarawak dikhaskan kepada beberapa garis panduan tertentu.

“Mereka wajib membuat permohonan dalam EnterSarawak, perlu mengisi e-Health Declaration Form (eHDF), membuat saringan ujian rt-PCR dalam tempoh 3 hari sebelum memasuki Malaysia,” menurut kenyataan itu lagi.

Kenyataan tersebut turut menjelaskan hanya pengembara dari luar negara yang memiliki status ‘lengkap vaksinasi’ dibenarkan untuk ‘transit’ ke Sarawak dalam tempoh 24 jam manakala tempoh kuarantin adalah tujuh hari (dari tarikh kemasukan ke Malaysia) bagi pengembara yang lengkap divaksin.

Tempoh kuarantin bagi pengembara yang tiada atau tidak lengkap divaksin pula adalah selama 10 hari (dari tarikh kemasukan ke Malaysia) .

“Tempat kuarantin adalah di stesen kuarantin yang ditetapkan dan pengembara dari luar negara wajib melaporkan sejarah perjalanan kepada petugas di lapangan terbang.

“Kegagalan berbuat demikian boleh diambil tindakan undang-undang,” jelas kenyataan JPBN tersebut.

Kesemua keputusan berkuatkuasa mulai 18 Oktober 2021.

Kenyataan menambah keputusan ini dibuat oleh JPBN Sarawak selaras dengan hasrat Kerajaan Sarawak bagi mempermudahkan urusan kemasukan ke Sarawak.

Pada Sabtu, Sarawak merekodkan 1,055 kes positif baharu COVID-19 yang mana 97.35 peratus atau 1,027 daripadanya adalah dari kategori 1 dan 2.

Sebanyak 12 kematian turut dilaporkan membabitkan mereka yang mempunyai latar belakang penyakit.

Kes-kes kematian adalah dari 4 Oktober hingga 15 Oktober lepas.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan