Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
<p>PUTRAJAYA, 19 April -- Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin semasa sidang media mengenai perkembangan terkini Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di Ibu Pejabat Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) hari ini. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA</p>

Kehidupan golongan antivaskin akan disukarkan – KJ

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 16 Okt : Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan beberapa peraturan baharu akan diperkenalkan terhadap golongan antivaksin di negara ini sekaligus akan ‘menyusahkan’ kehidupan mereka.

Sambil memohon maaf kerana pendekatan berkenaan dilihat agak kasar, beliau berkata, tindakan itu bakal dilaksanakan kerana kumpulan berkenaan sendiri yang memilih untuk tidak vaksin.

“Tidak mengapa jika tidak mahu vaksin kerana masalah kesihatan malah kita akan memberikan e-sijil MySejahtera tetapi jika anda memilih tidak mahu divaksin, kita akan terus menyusahkan hidup anda,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Kursus Infarksi Myokardial Kebangsaan Ke-11 (NAMIC) 2021 di sini hari ini.

Menurut beliau antara peraturan baharu yang akan dikenakan termasuklah mewajibkan kumpulan berkenaan menjalani ujian calitan secara berkala dan perlu menanggung sendiri kos.

” Mereka juga tidak boleh makan di kedai makan, tidak boleh ke pusat beli-belah. Saya akan lakukan strategi secara menyeluruh minggu depan,”tambahnya.

Mengulas lanjut, Khairy Jamaluddin berkata, pendekatan tegas perlu dilakukan kerana isu tersebut terus dibangkitkan termasuk wujudnya kebimbangan dalam kalangan ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke sekolah memandangkan masih terdapat guru yang enggan divaksin.

“Oleh sebab itu, kita tidak boleh hanya melibatkan sektor pendidikan tetapi keseluruhan perkhidmatan sektor awam.
“Sekarang ini Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam telah keluarkan pekeliling, mewajibkan penjawat awam menerima suntikan vaksin,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan