Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tiga kanak-kanak PATI dihalang daripada memasuki Sarawak

ByOdleen Catherny

KUCHING, 16 Okt : Tiga kanak-kanak, yang merupakan antara 12 pendatang asing tanpa izin (PATI), telah diusir dari negeri ini setelah mereka cuba masuk melalui jalan tikus di kawasan Tebedu.

Menurut Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div), usaha untuk menyusup masuk ke dalam Sarawak dilakukan sekitar jam 5.30 pagi Sabtu.

“Sepasukan anggota yang sedang melaksanakan serkap telah mengesan 12 individu dipercayai PATI yang berjalan kaki untuk memasuki kawasan Malaysia dari arah Indonesia.

“Setelah ditahan dan disoal siasat, lima individu lelaki berusia antara 35 hingga 45 tahun, dan empat individu wanita berusia antara 34 hingga 39 tahun bersama tiga kanak-kanak lelaki berusia antara 4 hingga 14 tahun, disahkan sebagai PATI apabila mereka didapati tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah selain menggunakan laluan haram untuk masuk mencari pekerjaan,” katanya dalam kenyataan media pada Sabtu.

Kenyataan itu menambah, kesemua PATI berjaya diusir pulang, dan laporan polis dibuat untuk tindakan selanjutnya.

“Pelbagai taktik dan kaedah digunakan oleh PATI untuk cuba memasuki Malaysia, termasuk cubaan menyelinap masuk pada awal pagi, namun berjaya digagalkan.

“Impak pandemik COVID-19 menyebabkan kes-kes melibatkan PATI yang cuba masuk untuk mencari pekerjaan di Sarawak dilihat semakin meningkat,” ujarnya lagi.

Bagaimanapun, pihaknya memberi jaminan bahawa tentera darat, khususnya anggota-anggota yang bertugas di persempadanan Sarawak-Kalimantan Barat, akan sentiasa siap siaga dan beriltizam mengawal keselamatan bagi memastikan kedaulatan negara terus terpelihara. – TVS

Tags: #bm, #PATI

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan