Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Polis serbu ‘pejabat’ scammer, tiga rakyat China antara ditahan

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR 16 Okt : Serbuan serentak yang dilakukan oleh polis di dua unit kediaman di ibu negara berjaya memberkas sembilan individu termasuk tiga rakyat China yang dipercayai terlibat dalam kegiatan jenayah penipuan secara dalam talian.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, operasi yang dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersial , Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) pada Khamis lalu di Jalan Tembaga, Off Jalan Pahang itu adalah berdasarkan maklumat awam.

Ujarnya, hasil soal siasat, kesemua yang ditahan termasuk seorang wanita tempatan berperanan sebagai operator yang akan menghubungi pelanggan bagi mempromosikan kegiatan perjudian secara dalam talian.

“Kumpulan ini turut menawarkan peluang pelaburan yang tidak wujud selain menipu jualan barangan secara dalam talian,” katanya menerusi kenyataan media.

Katanya, kedua -dua premis berkenaan disewa dengan harga RM8,500 sebulan dan telah beroperasi sejak setahun lalu.

” Polis turut merampas pelbagai peralatan termasuk dua unit monitor, 32 unit telefon bimbit, lima kad mesin juruwang automatik (ATM) serta peralatan lain yang digunakan untuk melakukan kegiatan penipuan,” katanya.

Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seskyen 4(1)(C) Akta Rumah Judi Terbuka. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan