KUCHING, 15 OKTOBER: Sebanyak 22 daripada 1,009 kes positif covid-19 di Sarawak hari ini melibatkan jangkitan paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen dan ventilator.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN ) Sarawak memaklumkan baki 987 kes pula tidak bergejala atau mempunyai gejala ringan.
Pertambahan kes hari ini menjadikan kumulatif kes positif di Sarawak kini sebanyak 229,745 kes.
Antara kawasan yang mencatatkan kes tertinggi adalah Kuching dengan 267 kes diikuti Miri (192), Sibu (105) dan Daro (61).
Selain itu 12 kematian akibat covid-19 direkodkan di sarawak dari 5 Okt hingga 13 okt manakala jumlah kluster yang aktif pula sebanyak 60.