Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

MA63 : Sarawak cadang pinda definisi Bumiputera di bawah Perlembagaan Persekutuan

ByOdleen Catherny

KUCHING, 15 Okt : Kerajaan Sarawak bercadang membuat pindaan terhadap definisi Bumiputera di bawah Artikel 161A Perlembagaan Persekutuan.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata pindaan ini akan memberi kuasa kepada kerajaan negeri untuk menentukan kaum mana di Sarawak yang akan diakui sebagai penduduk asli negeri.

“Penentuan ini akan dilakukan berdasarkan undang-undang negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menerima kunjungan hormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Timbalan Menteri di JPM (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Hanifah Hajar Taib, pada Jumaat.

Dalam kunjungan sama, pihaknya menyifatkan cadangan pindaan baharu ke atas Artikel 1(2) dan Artikel 160 (2) Perlembagaan Persekutuan lebih komprehensif sekaligus mempamerkan semangat dan niat sebenar parti di bawah Perjanjian Malaysia 1963.

Kerajaan negeri katanya amat menitikberatkan pelaksanaan pindaan-pindaan itu menerusi definisi Persekutuan di bawah Artikel 160(2).

“Ini supaya MA63 serta fasal di dalamnya diperakui dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Pindaan ini juga secara langsung mampu mentakrif definisi sebenar Hari Malaysia, yang mana tidak pernah dilakukan sebelum ini.

“Dalam kunjungan ini kami membincangkan mengenai cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan beberapa perkara berkaitan MA63 serta kepentingan Sarawak,” katanya dalam sidang media pada Jumaat.

Tags: #bm, MA63

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan