Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Hubungan Sarawak, Indonesia terus diperkukuh

ByDayu Adruce

KUCHING, 13 Okt: Sarawak dan Indonesia akan terus menjalinkan kerjasama dalam pelbagai aspek terutamanya dari segi industri pelancongan, pendidikan dan tenaga kerja, kata Duta Besar Republik Indonesia untuk Malaysia, Hermono

Beliau berkata demikian pada satu sidang media selepas kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg di Wisma Bapa Malaysia.

Menurut Hermono, antara perkara yang dibincangkan ialah pembukaan sempadan untuk pekerja-pekerja dari Indonesia memasuki Sarawak.

“Banyak perusahaan-perusahaan sawit di Sarawak memerlukan tenaga kerja dari Indonesia dan meminta agar dapat dibuka kembali pengiriman tenaga kerja ke Sarawak,” ujarnya.

Tambahnya lagi, pembukaan sempadan tersebut turut dapat meningkatkan hubungan perdagangan di antara Indonesia dan Sarawak.

Dalam pada itu, Hermono turut meminta Sarawak meningkatkan peluang pendidikan yang khusus kepada warga Indonesia untuk memudahkan anak-anak pekerja Indonesia yang berada di Sarawak dapat menerima pendidikan yang baik.

Selain itu juga, Hermono berkata, Indonesia dan Sarawak juga akan menjalinkan kerjasama dalam membangunkan tempat pelancongan di sempadan seperti Telok Melano dan Paloh.

Katanya, sebagai negera serumpun, Indonesia dan Sarawak harus terus saling bekerjasama bagi menjalinkan hubungan yang lebih baik. -TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan