Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Ribut Tropika Kompasu menyerang Filipina, 9 orang maut

Filipina, 13 Okt: Sembilan orang maut dan 11 hilang akibat banjir kilat dan tanah runtuh setelah Ribut Tropika Kompasu membadai Filipina, kata agensi bencana nasional pada hari Selasa.

Menurut laporan Reuters, Ribut Tropika Kompasu membawa angin barat laut kencang sehingga 100 kilometer (62 batu) sejam, mendarat di Filipina sejak Isnin lalu. Hampir 1.600 orang dipindahkan ke kawasan yang selamat.

Agensi bencana tempatan mengatakan bahawa pihaknya mengesahkan maklumat dari unit wilayah yang melaporkan empat orang terbunuh di tanah runtuh wilayah utara Benguet dan lima terbunuh dalam banjir kilat di Palawan, sebuah wilayah pulau di barat daya negara itu.

Pihak berkuasa melakukan operasi mencari dan menyelamat untuk 11 orang yang hilang kebanyakannya adalah mangsa tanah runtuh.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan