KUALA LUMPUR, 12 Okt : Perdana Menteri berpendapat rakyat pelbagai kaum di Sarawak memiliki kemahiran menghasilkan seni halus bertaraf dunia.
Menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, beliau teruja apabila menerima cenderahati daripada pemimpin Sarawak hari ini.
” Sebentar tadi saya telah menerima kunjungan Yang Berhormat, Tuan Anyi Ngau dan Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong.
“Mereka telah menyampaikan sebidang tikar dari suku kaum Penan dan sepasang baju burung Pua Kumbu,” kongsinya menerusi hantaran di Facebook.
Menurut Ismail Sabri, baju kurung berkenaan merupakan pakaian tradisional etnik Iban yang mempunyai seni pembuatan yang sangat halus.
” Keluarga Malaysia kita di Sarawak memang terkenal dengan kemahiran mereka dalam menghasilkan seni halus yang berkualiti dunia. Terima kasih atas tanda ingatan ini,” katanya.
Sehingga kini, hantaran yang dimuatnaik kira -kira dua jam lalu telah menerima lebih 15 000 tanda suka dan ratusan komen.
Salah seorang pengikut Perdana Menteri di Facebook, Jam Iman menulis, walaupun berasal dari Temerloh , Pahang namun dia berasa terharu apabila melihat Ismail Sabri menerima hadiah dari Borneo.
” Semoga Datuk Seri memberi perhatian yang lebih baik kepada infrastuktur Sabah dan Sarawak. Pengorbanan mereka amat besar buat negara terutama semasa penentangan penjajah. Datuk Seri memang diketahui sangat sayang pada penduduk kampung dan bandar,” tulisnya. -TVS