Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Bekas banduan bakar rumah kerana tidak diberi wang oleh ibu

ByFirdaus Ismail

KLANG, 12 Okt : Seorang wanita hanya mampu menangis teresak – esak melihat rumahnya musnah dijilat api selepas dibakar oleh saudaranya dalam kejadian di Kampung Bukit Kapar petang semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, sebelum kejadian pada pukul 3.30 petang itu suspek yang berusia 30-an itu berjumpa dengan ibunya tidak jauh dari situ untuk meminta wang namun tidak diendahkan.

” Sebelum beredar, lelaki itu yang baharu dibebaskan dari penjara atas kesalahan dadah mengugut untuk membakar rumah keluarganya,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurutnya, kebakaran berkenaan memusnahkan hampir keseluruhan rumah kampung jenis berkembar itu.

“Pengadu merupakan seorang wanita yang bekerja sebagai kerani dan bergegas pulang selepas mendapat maklumat tentang kebakaran berkenaan,” katanya,

Beliau memberitahu, suspek telah ditahan pada pukul 6 petang di sekitar tempat kejadian.

Menurutnya, lelaki itu kini direman selama empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan