Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Warga emas antara dua ditahan samun kedai emas

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 12 Okt: Seorang warga emas antara dua suspek yang ditahan pihak polis kerana disyaki terlibat dalam kes samun sebuah kedai emas di Kenyalang Park, Kuching pada 5 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Polis (ACP) Ahsmon Bajah berkata dua suspek yang masing-masing berusia 35 dan 61 tahun itu berjaya ditahan pihak polis pada 7 Oktober lalu, selepas dua hari laporan diterima daripada pengadu yang merupakan pekerja di kedai emas terbabit.

“Daripada tangkapan dua suspek ini, pihak polis juga telah berjaya merampas barang kes yang berkaitan,” katanya ketika sidang media di Balai Polis Tabuan Jaya hari ini.

Antaranya kereta yang digunakan suspek, nombor plat pendaftaran palsu, sebilah pisau pemotong kertas, wang tunai berjumlah RM7,742, sebentuk cincin emas, tiga unit telefon bimbit dan pakaian suspek ketika kejadian.

Barang rampasan.

Dedah Ahsmon, seorang lagi suspek, Chong Liang Hung, 46 tahun yang dipercayai masih lolos kini sedang giat diburu.

“Pihak polis memohon kepada orang awam yang mempunyai maklumat mengenai suspek terbabit untuk menghubungi pihak polis dengan segera,” ujarnya.

Suspek yang masih diburu.

Kesemua suspek kini dalam tahanan reman dan disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, denda dan sebat jika sabit kesalahan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan