KUALA LUMPUR, 12 Okt: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan logo atau rujukan agensi berkenaaan.
LHDN dalam satu kenyataanya berkata agensi itu mengambil serius perkara berkenaan kerana penyalahgunaan logo LHDB boleh mengelirukan orang ramai.
Ujar LHDN lagi, penyalahgunaan logo atau rujukan itu adalah antara salah satu kesalahan di bawah peruntukan Bahagian 1, Jadual 1, Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tak Wajar) 1963 (Akta 414).
“Sebagai sebuah agensi Badan Berkanun Persekutuan, LHDN memandang serius terhadap penyalhgunaan logo atau rujukan tersebut di mana-mana platform atau sebarang kegunaan yang boleh mengelirukan orang ramai,” jelas kenyataan tersebut.
Penyalahgunaan logo itu akan dianggap satu kesalahan sekiranya digunakan di media sosial, risalah atau mana-mana bahan bercetak dan penerbitan tanpa kebenaran.