KUCHING, 12 Oktober: Penjawat awam Sarawak bakal menerima bonus sebulan setengah gaji seperti yang telah diperuntukkan dalam Belanjawan 2022, umum Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Inisiatif tersebut merupakan sebahagian daripada Belanjawan Negeri Sarawak 2022 sebagai menghargai khidmat bakti penjawat awam di sini.
“Sebagai menghargai khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh penjawat awam dalam mengurus jentera kerajaan khususnya dalam menangani situasi getir pandemik ini, saya dengan amat berbesar hati mengumumkan pemberian satu setengah bantuan khas kewangan untuk para penjawat awam negeri
Dalam pada itu, Abang Johari juga turut mengumumkan penjawat awam Persekutuan di Sarawak juga akan mendapat bantuan khas iaitu RM500 setiap seorang sebagai penghargaan sumbangan mereka dalam memakmurkan Negeri Sarawak.
Walaubagaimanapun, beliau tidak mengulas lanjut mengenai tarikh bayaran bantuan khas itu akan dibuat.