SIBU, 12 Okt: Hospital Sibu menangguhkan semua Perkhidmatan Klinik Pakarnya kecuali Klinik Gigitan Anjing, Klinik Ibu dan anak dan Klinik Pasca-rawatan dan Klinik Rawatan Barah.
Pengarahnya, Dr Nathankumal Thirunavukkarasu berkata, pesakit yang sudah mempunyai janji temu dengan Klinik Pakarnya dinasihat untuk membuat janji baru semula.
“Mereka yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi Klinik Pakar Hospital Sibu di talian 084- 343333 sambungan 1173 atau 6621 atau menghantar pesanan melalui aplikasi WhatsApp di 01113317363/01120615320, ” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Namun untuk urusan lain termasuk berhubung kehabisan bekalan ubat, nombor yang perlu dihubungi adalah 084-343333.
“Pengurusan Hospital Sibu ingin memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami disebabkan penangguhan pertemuan klinik temu janji temu dengan Pakar Hospital Sibu,” tambahnya. – TVS