MIRI, 12 Okt: Seorang warga emas maut setelah pacuan emopat roada yang dipandunya dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke sebelah kiri jalan dan masuk ke dalam parit.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak, Superintenden Alexson Naga Chabu berkata siasatan awal mendapati kenderaan terbabit bergerak dari arah bulatan Jalan Edward Jeli menghala ke bulatan berhampiran Saberkas dalam kejadian awal pagi Isnin.
“Mangsa, Tan Ah Siang, 63, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan dari Hospital Miri,” katanya dalam satu kenyataan.
Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Miri untuk tindakan lanjut.
Susulan itu, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -TVS