Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tiga lelaki warga asing ditemui lemas di Pantai Rambah

JOHOR BAHRU, 12 Okt — Tiga lelaki dipercayai warga asing ditemui lemas apabila sebuah bot yang membawa mereka karam berdekatan Pantai Rambah, Pontian, petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pontian Baru Penolong Penguasa Bomba Mahadir Mamat berkata Pusat Gerakan Operasi Negeri Johor, menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 5.41 petang.

“Kesemua mangsa dipercayai berumur lingkungan 30an dan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri ketika ditemui. Bot mereka karam dipercayai kerana berlaku ribut di kawasan pantai itu pada awal pagi tadi. Mangsa juga disyaki cuba menyeludup masuk ke Malaysia melalui perairan negara menerusi Pantai Rambah. 

“Mayat ketiga-tiga mangsa yang tersadai di celah pokok kayu bakau ditemui oleh orang kampung ketika mereka sedang memancing, manakala bot mereka ditemui terdampar di tepi pantai pada petang tadi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata jarak antara ketiga-tiga mangsa yang tersadai di celah pokok itu kira-kira 50 meter (jarak antara mangsa dengan mangsa) dan mayat kesemua mangsa diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

Menurut beliau, operasi ditamatkan pada pukul 7.15 semalam.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan