Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Dua beranak orang asli maut motosikal bertembung pacuan empat roda

GUA MUSANG, 11 Okt (Bernama) — Dua beranak Orang Asli maut selepas motosikal yang mereka naiki bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) di Kilometer 22 Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini petang semalam.

Nahas itu mengakibatkan seorang lagi kanak-kanak berusia empat tahun yang turut membonceng motosikal serta belum diketahui identitinya dan seorang penumpang 4WD cedera manakala pemandu dan seorang lagi penumpang kenderaan tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Superintenden Sik Choon Foo berkata nahas dipercayai berlaku pada 2.15 petang ketika mangsa, Jeli Udang, 34, dan Amir, 12, serta seorang lagi anaknya menaiki motosikal di lokasi kejadian.

“Hasil siasatan mendapati Jeli bersama dua anaknya yang membonceng motosikal dalam perjalanan dari Gua Musang ke Kuala Krai.

“Mangsa yang tiba-tiba membuat pusingan U memasuki laluan bertentangan telah bertembung dengan 4WD jenis Toyota Hilux,” menurutnya dalam kenyataa semalam.

Beliau berkata impak kejadian menyebabkan motosikal mangsa dan 4WD terbabit terbabas ke dalam semak di tepi jalan.

“Tiga beranak itu kemudian terjatuh atas jalan menyebabkan Jeli dan Amir meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala,” katanya.

Sik berkata kanak-kanak yang terselamat telah dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra Kuala Krai untuk rawatan lanjut.

“Penumpang kenderaan pacuan 4WD, Siti Nor Nadia Amran, 27, yang cedera di bahagian pinggang menerima rawatan di Hospital Gua Musang (HGM). 

“Mayat Jeli dan anaknya Amir telah dihantar ke bahagian forensik HGM untuk proses bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan