MIRI, OKTOBER 11 : Pihak bomba sempat menyelamatkan sejumlah wang tunai dan sebentuk cincin dalam kejadian kebakaran sebuah rumah kayu di Kampung Melayu, Miri pada jam 8.13 pagi.
Rumah jenis dua tingkat itu terbakar 90 peratus, menyebabkan 15 penghuni terjejas dan kehilangan tempat tinggal.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng Mohamad Hamdani Madon berkata pihak bomba hanya sempat menyelamatkan sejumlah wang tunai dan sebentuk cincin milik penghuni dan telah diserahkan kepada pemiliknya.
“Penghuni telah menyedari kebakaran ini lebih kurang jam 7.37 minit pagi dan bertindak mengosongkan bangunan bersama ahli keluarga yang lain dan pada ketika itu penghuni bergegas keluar ke rumah dengan tidak berjaya menyelamatkan barang-barang berharga mereka.
“Walau bagaimanapun semasa pemadaman dijalankan pihak bomba telah berjaya menyelamatkan sejumlah wang tunai dan sebentuk cincin milik penghuni dan kita telahpun serahkan barang-barang tersebut kepada penghuni,” katanya ketika dihubungi TVS.
Manakala kebakaran melibatkan sebuah rumah tidak kekal dua tingkat yang dianggarkan 40 x 30 kaki.
“Rumah jenis dua tingkat kekal dengan keluasan 30 kaki persegi dan 90 peratus musnah akibat kebakaran .
Kebakaran itu didiami oleh enam orang lelaki dewasa, enam perempuan dewasa dan tiga kanak-kanak yang mana tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan pada operasi ini,” katanya lagi
Kata Hamdani lagi, pihak bomba memadam kebakaran dengan menggunakan sumber air dari pili.
Seramai 15 anggota yang terlibat bagi membantu memadam kebakaran.
Kebakaran berjaya dipadamkan pada jam 8.41 pagi dan operasi ditamatkan pada jam 10.23 pagi.