Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Aktiviti ekonomi kembali rancak, NIOSH ingatkan majikan dan pekerja supaya tidak lalai

KUCHING, 11 Okt : Keterujaan terhadap pembukaan kembali sektor industri berkemungkinan membawa kepada kegopohan, sekaligus mengakibatkan kelalaian terhadap pematuhan peraturan perundangan berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Datuk Wilson Ugak Kumbong berkata aktiviti sektor ekonomi yang makin kembali “bernyawa” menuntut tanggungjawab majikan dan pekerja dalam mengutamakan keselamatan masing-masing.

“Kerancakan menjalankan aktiviti ekonomi bukan alasan untuk kita mengabaikan segala  arahan, perintah dan garis panduan yang sedia ada.

“Bahaya di tempat kerja semakin mencabar bukan hanya risiko boleh nampak (tangible) tetapi penyakit berjangkit seperti COVID-19 yang  tidak nampak (intangible) juga boleh membawa kecelakaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Tegas Wilson, adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk mematuhi undang-undang sedia ada seperti Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Akta Kilang dan Jentera 1967, Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan 1994, Akta Petroleum (LangkahLangkah Keselamatan) 1984 dan lain-lain lagi.

Jelasnya, undang-undang sedia ada perlu sentiasa dipatuhi bagi mengurangkan kadar kemalangan pekerjaaan dan penyakit pekerjaan negara.

Tegasnya, antara faktor yang mempengaruhi kemalangan di tempat kerja adalah sikap lalai dan mengambil mudah sesuatu pekerjaan.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan peralihan fasa dan kelonggaran baharu Pelan Pemulihan Negara yang dilihat memberi banyak kelegaan kepada pelbagai pihak.

Pembukaan pelbagai aktiviti sosial  dan sektor ekonomi sokongan juga telah merancakkan aktiviti ekonomi hiliran dan seterusnya dapat meningkatkan ekonomi negara.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan