Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Setiap aduan pesakit di PKRC seliaan hospital Sarikei diselesai segera

SARIKEI: Setiap aduan pesakit di tiga Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) yang diselia Hospital Sarikei telah diambil tindakan dan diselesaikan dengan segera.

Hospital Sarikei dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihak hospital juga tidak menafikan bahawa sebelum ini terdapat masalah yang timbul melibatkan kekurangan atau kerosakan fasiliti yang berlaku di satu daripada PKRC seliaannya, iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meradong.

“Selain isu kekurangan fasiliti, petugas di PKRC SMK Meradong turut menghadapi masalah dengan segelintir sikap pesakit yang mengubah suai sendiri kedudukan katil atau tempat tidur yang telah pun disediakan.

“Untuk makluman, PKRC SMK Meradong telah ditutup secara rasmi pada 3 Okt lepas manakala PKRC Dewan Suarah dimulakan operasinya pada tarikh sama,” menurut hospital itu.

Kenyataan itu dibuat bagi menjelaskan dakwaan yang dibangkitkan sebuah portal berita mengenai beberapa situasi PKRC di Bahagian Sarikei.

Sementara itu, Hospital Sarikei memaklumkan pegawai perubatan daripada setiap jabatan di hospital itu telah dilibatkan dalam pengurusan wad COVID-19 dan PKRC dengan mengambil kira jumlah minimum yang diperlukan.

Menurut hospital itu, jadual bertugas untuk wad COVID-19 dan PKRC ditetapkan dengan setiap pegawai perubatan mengambil giliran bertugas ‘on-call’ pada kadar selang tiga hari.

“Pegawai perubatan akan diberi hari rehat selepas giliran on-call agar dapat berehat sebelum bertugas kembali,” menurut kenyataan itu.

Berhubung isu cuti rehat petugas hospital pula, Hospital Sarikei memaklumkan tidak pernah menghalang sekiranya keadaan sangat memerlukan.

“Malah, setiap penyelia telah diarahkan untuk menyediakan jadual bertugas mengikut kesesuaian dan tidak membebankan petugas serta sentiasa memastikan mereka mempunyai waktu rehat yang cukup,” menurut Hospital Sarikei.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan