- China bersedia memperkasakan dialog dan kerjasama dengan Jepun bagi membentuk hubungan bilateral era baharu, kata Presiden China, Xi Jinping. Xi berkata kedua-dua negara perlu menangani isu sensitif dan sebarang percanggahan secara baik bagi memelihara asas hubungan dua hala.
- Sekurang-kurangnya lima mayat ditemukan di bawah runtuhan bangunan kediaman di Georgia pada Sabtu. Menurut Agensi Anadolu, Anggota bomba turut menyelamatkan dua warga tempatan dan dihantar ke hospital.
- China dan ASEAN diharap dapat menghargai pelbagai pengalaman yang dilalui selama 30 tahun untuk menyumbang ke arah membina komuniti berkongsi nasib yang lebih erat. Anggota Dewan Negara China merangkap Menteri Luar, Wang Yi berkata demikian pada jamuan sempena ulang tahun ke-30 hubungan dialog China-ASEAN di Beijing, pada Jumaat.
- Selepas Korea Utara, Thailand dan Indonesia diisytihar gagal mematuhi Kod Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) 2021 oleh agensi itu, Thailand berusaha mempercepatkan proses pematuhan supaya ia dapat terus menyertai dan menganjurkan acara sukan antarabanga. WADA pada Khamis menyatakan, Thailand gagal mematuhi kod berkenaan kerana kurangnya pelaksanaan penuh terhadap kod berkenaan manakala agensi anti-doping kebangsaan Korea Utara dan Indonesia didapati tidak melaksanakan program ujian doping secara berkesan.
- Perdana Menteri Lee Hsien Loong hari ini berkata Singapura perlu meneruskan strategi “Hidup dengan COVID-19” (Living with COVID-19). “Kita perlu hormati COVID-19, tetapi kita tidak harus lumpuh akibat ketakutan. Mari kita lakukan aktiviti harian seperti biasa, ambil langkah berjaga-jaga dan mematuhi SMM (Langkah-langkah Pengurusan Selamat),” katanya ketika berucap mengenai situasi terkini COVID-19.
SUMBER: BERNAMA



