Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Ekonomi Sarawak dijangka terus berkembang tahun ini

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 9 Okt: Ekonomi Sarawak dijangka mencatatkan kadar pertumbuhan positif antara empat hingga enam peratus.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata dengan inisiatif yang diperkenalkan Kerajaan Negeri, Sarawak mendapat pulangan yang besar menerusi “revenue re-engineering”.

“Keluaran Dalam Kasar (KDNK) telah menguncup antara enam hingga tujuh peratus pada 2020 dan itu merupakan yang terburuk sejak Perang Dunia Kedua berikutan tercetusnya pandemik COVID-19 selain kegawatan ekonomi global.

“Namun dengan pengurusan kewangan yang berhemat tanpa menjejaskan ketahanan kewangan semasa ataupun kedudukan fiskal pada hari-hari akan datang, ekonomi Sarawak kian pulih,” katanya ketika berucap pada Majlis Jamuan Negeri sempena sambutan ulang tahun ke-85 Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud malam ini.

Menyentuh mengenai program vaksinasi di Sarawak, Abang Johari berkata kumpulan individu 18 tahun ke atas yang telah lengkap menerima vaksin sudah mencapai kadar 90 peratus manakala bagi remaja 12 hingga 17 tahun pula, hampir 75 peratus sudah menerima suntikan dos pertama.

Tambahnya, Kerajaan Negeri mempunyai pandangan bahawa penggunaan ubat anti-body atau anti-viral yang diluluskan seperti yang sedang diusahakan oleh beberapa negara termasuk Malaysia, adalah langkah proaktif untuk terus memerangi COVID-19.

Beliau turut memberi jaminan kerajaan pimpinannya akan terus menolak apa sahaja unsur yang boleh memecah-belahkan perpaduan rakyat Sarawak terutama hujah melampau terhadap agama lain.

Abang Johari berkata Sarawak bernasib baik kerana kuasa autonomi Imigresen negeri itu melindungi masyarakatnya daripada unsur melampau dan pelampau agama dari luar.

“Inilah kuasa autonomi yang perlu terus dipertahan untuk memelihara kesejahteraan Sarawak,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan