Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Ekonomi Sarawak dijangka berkembang 4 hingga 6 peratus tahun ini

KUCHING: Ekonomi Sarawak dijangka mencatatkan kadar pertumbuhan antara empat hingga enam peratus pada tahun ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata pada tahun 2020, ekonomi Sarawak telah menguncup sebanyak 3.2 peratus akibat kegawatan ekonomi global serta pandemik COVID-19.

“Keluaran Dalam Negara Kasar atau KDNK negeri juga telah menguncup antara enam hingga tujuh peratus tahun lepas.

“Namun dalam pada ekonomi negeri melalui waktu amat sukar ini, dengan pengurusan kewangan berhemat tanpa menjejaskan ketahanan kewangan negeri… pada tahun ini, ekonomi Sarawak dijangka mencatatkan kadar pertumbuhan positif antara empat hingga enam peratus,” katanya ketika berucap pada Majlis Jamuan Negeri sempena sambutan ulang tahun ke-85 Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud malam ini.

Beliau turut memberi jaminan kerajaan pimpinannya akan terus menolak apa sahaja unsur yang boleh memecah-belahkan perpaduan rakyat Sarawak terutama hujah melampau terhadap agama lain.

Abang Johari berkata Sarawak bernasib baik kerana kuasa autonomi Imigresen negeri itu melindungi masyarakatnya daripada unsur melampau dan pelampau agama dari luar.

“Inilah kuasa autonomi yang harus terus dipertahan untuk memelihara kesejahteraan Sarawak,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan