KUALA LUMPUR, 9 Okt : Lubnan dilaporkan bakal bergelap malam ini ekoran dua stesen jana kuasa elektrik terbesarnya,Deir Ammar and Zahrani menghentikan operasi disebabkan kekurangan bahan bakar.
Reuters yang memetik sumber pegawai kerajaan negara itu berkata, situasi berkenaan dijangka akan berlarutan selama beberapa hari lagi.
Sementara itu, media tempatan melaporkan pihak berkuasa ketika ini sedang bertungkus lumus mendapatkan bahan bakar dari stok simpanan bagi memastikan kuasa elektrik dapat beroperasi di beberapa kawasan yang terjejas.
Di Twitter, perkara berkenaan juga menjadi sohor kini apabila ribuan ciapan berita tentang perkara itu dikongsi warganet.
Secara sinis, @Loida92049485 menulis, perkara itu bukan berita kerana Lubnan telah ‘hilang’ kuasa elektrik sejak beberapa tahun lalu.
Louise N Kamugasha pula mempersoalkan berapa lama lagi krisis berkenaan akan berlarutan sambil.
Ketika ini waktu di negara berkenaan menghampiri pukul 5 petang dan banyak perniagaan terpaksa ditutup di negara yang mempunyai sekitar 6.8 juta penduduk itu. -TVS