Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

“Tak biasa dipanggil Dato” – Pandelela

ByDouglas Elliot

KUCHING, 9 Okt: Ratu terjun negara kini bergelar Dato Pandelela Rinong.

Beliau merupakan antara 17 penerima anugerah Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) bersempena sambutan hari jadi Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang ke-85 hari ini.

Pandelela mengakui masih kekok dan belum membiasakan diri dengan panggilan tersebut terhadap dirinya.

“Saya rasa bangga dan sangat gembira mendapat pengiktirafan ini,” kata beliau ketika ditemui pemberita selepas tamat upacara.

“Pengurniaan ini akan memberi motivasi kepada saya untuk terus berjuang demi Sarawak dan juga Malaysia,” jelasnya.

Pandelela (tengah) menerima anugerah Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) dari Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Menurutnya, gelaran tersebut memberi pengiktirafan terhadap usaha beliau setelah 20 tahun berkecimpung dalam bidang sukan.

Anak kelahiran Bau, Sarawak ini merupakan atlet kebangsaan kedua yang menerima pengiktirafan Dato tahun ini selepas jaguh berbasikal, Datuk Azizulhasni Awang pada Julai yang lalu.

Atlet berusia 28 tahun ini juga kini sedang menjalani latihan menyiapkan diri bagi menghadapi temasya seperti Sukan Komanwel 2022, Sukan Asia 2022 dan Piala Dunia FINA. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan