Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

RINGKASAN GLOBAL 07/10/21

ByAkma Salleh
  1.  Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh dalam nahas jalan raya di negeri Uttar Pradesh, India pada Khamis. Sebuah bas dengan 70 penumpang bertembung dengan sebuah trak yang sarat dengan pasir di daerah Barabanki apabila pemandu cuba mengelak daripada merempuh seekor lembu, lapor media tempatan.
  2. Sektor pengembaraan dan pelancongan dunia dijangka mencatat pertumbuhan sebanyak 30.7 peratus tahun ini, didorong terutamanya oleh perbelanjaan di peringkat domestik. Menurut Majlis Pengembaraan dan Pelancongan Dunia (WTTC), pemulihan sektor terbabit bagaimanapun dijangka kekal perlahan berikutan kekurangan penyelarasan di peringkat antarabangsa, sekatan perjalanan yang ketara serta tahap pemberian vaksin COVID-19 yang masih berkurangan di beberapa bahagian dunia.
  3. Ruang pameran yang dikendalikan China bertemakan Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022, berjaya mencuri perhatian pengunjung di Pameran Pelancongan Antarabangsa Paris ke-42 yang membuka tirai pada Selasa. Pameran itu dijadual berlangsung empat hari di Paris Expo Porte de Versailles.
  4. Seorang pelajar madrasah disahkan maut manakala 17 yang lain cedera dalam satu insiden letupan di sebuah sekolah agama di wilayah Khost, Afghanistan pada Rabu, lapor Xinhua. Pegawai wilayah itu Mawlawi Mohammad Sabir Sabari berkata letupan berlaku di madrasah Mazharul Alum pada Rabu malam.
  5. Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) mendedahkan mengenai jumlah simpanan stok senjata nuklear negara, lapor Xinhua. Sebuah laporan yang dikeluarkan pada Selasa menunjukkan simpanan stok itu terdiri daripada 3,750 kepala peledak (warheads) nuklear, setakat September 2020.

SUMBER: BERNAMA

Tags: global

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan