Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira 3.30 petang dan siasatan awal mendapati mangsa berusia 35 tahun itu merupakan seorang pegawai polis yang berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Berita Pilihan 7/10/2021

  1. Polis telah menahan seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dipercayai mencabul kehormatan seorang wanita di premis vape Taman Keramat, Kuala Lumpur, Selasa lepas. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata individu berusia 26 tahun itu ditahan di rumahnya di Taman Setiawangsa di sini pada 12.30 tengah malam tadi. 
  2. Pakatan Harapan (PH) Melaka mengesahkan telah menghantar warkah kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, Kuala Lumpur petang tadi. Pengerusinya Adly Zahari berkata warkah itu dihantar pada kira-kira 5.50 petang oleh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu Datuk Norhizam Hassan Baktee dan bekas ADUN Telok Mas Datuk Noor Effandi Ahmad.
  3. Trend jumlah kes harian baharu COVID-19 yang turun naik di Sabah ketika ini dipengaruhi jangkitan sporadik dan dijangka berterusan dalam masa terdekat, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun. Jurucakap COVID-19 Sabah itu berkata trend turun naik kes di negeri itu dapat dilihat apabila 820 kes baharu dicatatkan hari ini meningkat berbanding 790 kes semalam, manakala pada 5 Okt sebanyak 805 kes, 4 Okt (677) dan 3 Okt (767).
  4. Theta Edge Bhd menjelaskan bahawa syarikat itu tidak menyedari perkembangan korporat tertentu yang mencetuskan aktiviti pasaran luar biasa sehingga melonjakkan harga sahamnya baru-baru ini, menurut pertanyaan Bursa Malaysia semalam. Theta Edge sedang giat mencari peluang perniagaan, sama ada ianya masih di peringkat perbincangan, penilaian dan/atau menunggu keputusan buat masa ini.
  5. Bekalan ayam dan telur  pada masa kini mencukupi bagi  menampung  keperluan dan permintaan pengguna, kata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). KPDNHEP dalam kenyataan hari ini berkata ia berdasarkan anggaran pengeluaran bekalan ayam di pasaran oleh pihak penternak sebanyak 64.9 juta ekor pada Oktober, manakala bekalan telur ayam pula melebihi satu bilion biji sebulan.
  6. Kerajaan akan terus menambah baik kaedah mengukur kemiskinan dalam memastikan keberkesanan dalam inisiatif pembasmian kemiskinan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan sudah mempunyai Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi (MPI) merangkumi empat dimensi dan 11 indikator.
  7. Ubat antiviral Molnupiravir akan diberikan secara percuma kepada pesakit COVID-19 yang bergejala sekurang-kurangnya lima hari atau pesakit kategori tiga, empat dan lima, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. Bagaimanapun, beliau berkata pemberian ubat itu bergantung kepada nasihat doktor.
  8. Samsung Engineering akan membangunkan projek hidrogen hijau dan amonia di Bintulu, yang dinamakan Projek H2biscus, untuk menghasilkan hidrogen hijau, amonia hijau dan biru, metanol hijau, dan penangkapan dan penggunaan karbon (CCU). Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sungan Choi berkata projek itu akan berfungsi sebagai projek bertaraf antarabangsa untuk perdagangan tenaga boleh diperbaharui dan pengangkutan hidrogen di antara Korea Selatan dan Malaysia, serta mewujudkan standard berkaitan hidrogen untuk kedua-dua negara.
  9. Kerajaan akan menambah baik perundangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan memasukkan peruntukan baharu dalam Akta SPRM 2009 (Akta 694) berhubung cadangan kesalahan baharu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata antara kesalahan baharu yang akan dimasukkan ialah berkaitan salah laku penjawat awam yang menyebabkan ketirisan dan kerugian dana kerajaan secara sengaja atau MIPO (Misconduct in Public Office).
  10. Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang membuat persediaan untuk menerima semula ketibaan pelancong luar termasuk dari Asia Barat dalam suasana persekitaran selamat daripada COVID-19, kata Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri. Nancy berkata MOTAC komited meningkatkan kemudahsampaian para pelancong ke negara ini sebaik pembukaan semula pintu-pintu sempadan antarabangsa.

SUMBER : BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan