KUCHING, 4 OKTOBER: Ketua pengarah urusan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes telah memperkenalkan bayi perempuannya yang diberi nama Aliyah Ena melalui akaun LinkedIn miliknya.
Fernandes, 57, melahirkan rasa terujanya menjadi bapa buat kali ketiga dan menyifatkan kelahiran anaknya itu sebagai satu saat yang membahagiakan pada saat-saat getir ketika berhadapan dengan cabaran pandemik Covid-19.
“Saya kini menjadi seorang ayah sekali lagi, saya sudah mempunyai dua orang nak yang hebat, dan kini ada yang ketiga. Aliyah Ena, ‘welcome to the world’,” tulisnya di LinkedIn.
Beliau turut menlampirkan gambar Aliyah Ena Fernandes yang lahir pada 14 Ogos bersama-sama kirimannya di laman LinkedIn tersebut.
Kiriman tersebut mendapat lebih 14000 reaksi dan lebih 1,500 komen daripada pengikutny yang mengucapkan tahniah pada ruangan komen.
Gambar Aliyah juga kelihatan terpampang pada sebuah papan iklan gergasi yang turut menyatakan butiran Aliyah seperti beratnya semasa lahir dan nama penuhnya.