Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kotak polisterin berisi ikan sejuk beku dan dadah berjaya dirampas

Oleh : Ammierul Mukminin  

KOTA KINABALU, 6 Oct : Taktik meletakkan dadah bernilai hampir setengah juta ringgit di dalam kotak polisterin bersama-sama dengan ikan sejuk beku bagi mengaburi mata pihak berkuasa akhirnya terbongkar di kargo udara Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini hari ini.

Sebanyak 23 bungkusan dadah yang bernilai kira-kira setengah juta ringgit yang dikatakan bertujuan untuk dieksport ke luar negara turut dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), di kargo udara Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini hari ini.  

Menurut Penolong Ketua Pengarah Kastam, Datuk Abdullah Jaapar, bungkusan plastik tersebut yang dianggarkan bernilai RM501,026 secara keseluruhan dikatakan mengandungi hablur kristal yang disyaki dadah jenis methamphetamine dan ketamine.  

“Methamphetamine oni sebanyak 9.221 kilogram dengan nilai anggaran sebanyak RM331,956.

“Sementara itu dadah ketamine dianggarkan 3.190 kilogram dengan nilai dianggarkan lebih kurang RM169,000,” katanya dalam sidang media tangkapan rampasan kes dadah JKDM Zon Sabah.

Sehubungan itu, modus operandi suspek dikatakan telah meletakkan bungkusan-bungkusan dadah tersebut di dalam 23 buah kotak polisterin dagangan ikan sejuk beku untuk tujuan eksport ke luar negara.  

Ekoran itu, usaha JKDM menangani isu ini akan terus dilaksanakan melalui siasatan lanjut terutamanya ke atas ejen-ejen penghantaran yang terlibat.  

Sementara itu, beliau menyeru kepada orang awam untuk turut bekerjasama menangani isu dadah di Sabah dengan menyalurkan sebarang maklumat mengenai aktiviti penyeludupan ke talian bebas tol kastam atau pejabat kastam yang terdekat di kawasan masing-masing. – TVS

Penolong Ketua Pengarah Kastam, Datuk Abdullah Jaapar

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan