Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUALA LUMPUR, 15 Jun -- Sekatan jalan raya (SJR) di beberapa kawasan di ibu kota dilaksanakan sebagai salah satu cara mengekang risiko penularan COVID-19 dari satu tempat ke tempat yang lain ketika tinjauan hari ini.?Pelaksanaan itu dilihat wajar dalam membolehkan pemeriksaan lebih rapi di SJR tersebut serta memastikan pergerakan keluar masuk orang awam lebih terkawal dengan surat kebenaran rasmi dan urusan kecemasan.?Kerajaan kini melanjutkan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh di seluruh negara selama 14 hari bermula 15 Jun sehingga 28 Jun.?--fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

JPBN Sarawak, PDRM sepakat mansuh permit polis untuk rentas daerah

ByPriscilla

KUCHING, 5 Okt : Permit polis yang sebelum ini diperlukan untuk tujuan merentas daerah kini tidak lagi diperlukakan, umum Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memberitahu pihaknya bersama-sama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah bersetuju untuk memansuhkan kewajipan ini setelah bermesyuarat pada Isnin.

“Satu perbincangan berkaitan sekatan jalan raya (SJR) melalui “video conference” bersama-sama Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak semalam telah membawa keada satu persetujuan untuk membatalkan permohonan permit polis bagi tujuan merentas daerah.

“Ini sekaligus membawa maksud bahawa tiada lagi SJR dilakukan,” jawabnya ringkas ketika ditemubual TVS, pada Selasa.

Bagaimanapun katanya, maklumat lanjut melalui kenyataan rasmi akan dikeluarkan pada petang Selasa.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan