Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pemuda temui ajal motosikal bertembung kereta

ByNur Suhaida Muliyono

MATU, 4 Okt: Seorang pemuda maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 30, Jalan Matu-Igan.

Mangsa, Mohd Zarul Azeem Samshul, 25, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialami.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintenden Alexson Naga Chabu berkata kereta yang dipandu seorang wanita berusia 29 tahun itu bergerak dari arah Igan menuju Kampung Tian Matu sebelum bertembung dengan motosikal mangsa yang datang dari arah bertentangan.

“Bagaimanapun pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan manakala penumpang yang merupakan seorang wanita 34 tahun cedera di mata kiri,” katanya dalam satu kenyataan.

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Daro untuk tindakan lanjut.

Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan