Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

TYT kurniakan Pingat dan Darjah Kebesaran Negeri kepada 100 penerima

KUCHING, 4 Okt: Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud telah mengurniakan Pingat dan Darjah Kebesaran Negeri kepada 100 orang penerima semasa Istiadat Pengurniaan Darjah-darjah Kebesaran Negeri Sarawak di Dewan Besar Astana Negeri di sini, pagi tadi.

Istiadat dimulakan dengan pengurniaan Pingat Pentadbiran Awam, Pingat Perkhidmatan Bakti (Perak) (PPB) kepada 5 penerima didahului oleh Setiausaha Majlis Daerah Matu Daro Ahmad Jerry Hashim dan seterusnya diikuti oleh Ketua Penolong Pengarah Seksyen Integriti Jabatan Ketua Menteri Shamsul Bojeng Chiew Chee Yau, Norliza Eileen Ibrahim dan Zuraida Idris.

Istiadat kemudiannya disusuli dengan pengurniaan Pingat Pentadbiran Awam, Pingat Perkhidmatan Terpuji (Gangsa) (PPT) kepada seramai 30 penerima antaranya ialah Sub Inspektor Davaraj Subramaniam dan Norshamilawati Jamel manakala antara 65 penerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Sarawak, Bentara Bintang Sarawak (BBS) ialah Kaunselor Poni Tayon dan Kaunselor Lusia@Lessia Lindang.

Turut hadir, isteri Yang di-Pertua Negeri Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib, Menteri Muda Pengangkutan Sarawak, Datuk Dr. Jerip Susil, Menteri Muda Pembangunan Perindustrian Datuk Malcolm Mussen Lamoh dan isteri serta tetamu kenamaan lain.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan