Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Guru positif COVID-19, dua sekolah di Sarawak terpaksa ditangguh pembukaan

KUCHING, Oktober 4: Walaupun sesi persekolahan akan bermula tidak lama lagi, dua buah sekolah terpaksa ditangguhkan pembukaan sesi pembelajaran selepas tiga orang guru dari dua buah sekolah terbabit dikesan positif COVID-19.

Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Mohamad Alamin berkata penangguhan itu melibatkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Trusan dan SMK Merapok, kedua-duanya berada di daerah Lawas.

“Hasil ujian yang dijalankan beberapa hari lalu, seorang guru di SMK Trusan dan dua di SMK Merapok disahkan dijangkiti wabak itu.

“Kementerian Pendidikan mengambil langkah keselamatan yang tegas bersama-sama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung pembukaan sesi pembelajaran di sekolah,” katanya.

Tambahnya KKM telah mengeluarkan notis mengarahkan dua sekolah itu ditutup sementara hingga 6 Oktober.

Beliau berkata demikian katanya pada sidang media di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Taman Matang Jaya, di sini, hari ini.

Sebelum itu telah meninjau hari pertama sesi persekolahan bersemuka SMK St Thomas dan Sekolah Pendidikan Khas Taman Matang Jaya.

“Hasil tinjauan di dua sekolah terbabit, beliau berpuas hati dengan kehadiran pelajar walaupun jumlahnya tidak mencapai 100 peratus.

“Tinjauan di SMK St Thomas mendapati 86.2 peratus daripada 111 pelajar Tingkatan Enam hadir, hari ini manakala di Sekolah Pendidikan Khas pula sebanyak 69 peratus daripada 89 pelajar,” jelasnya.

Beliau berkata mereka yang tidak hadir kerana kontak rapat dengan pesakit COVID-19, baru selesai menjalani kuarantin, malah ada yang masih cuba membiasakan untuk ke sekolah selepas sekian lama tidak bersekolah.

Mohamad Alamin turut menyeru ibu bapa supaya membenarkan anak mereka bersekolah dan memberi jaminan persekitaran sekolah adalah selamat daripada wabak COVID-19.

“Keselamatan pelajar adalah keutamaan kami dan langkah awal sentiasa kami ambil untuk membendung penularan,” tegasnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan