Daily Star Dublin melaporkan seorang wanita di Dublin, percaya dia dirasuk ‘roh Puteri Diana’ dan perlu membunuh rakan serumahnya bagi ‘melindungi’ Putera William.
Dublin Live turut melaporkan Grace memotong alat sulit rakan serumahnya selepas membunuh mangsa
Walau bagaimanapun, Grace Miano, 53, terlepas tuduhan kerana membunuh selepas dia didapati dalam keadaan tidak siuman ketika melakukan perbuatan itu.
Mahkamah Pusat Jenayah di Dublin bagaimana memutuskan wanita itu tidak waras ketika menyerang lelaki Malawi, Limbani ‘Robert’ Mzoma, 27, di Foxrock pada 1 November 2018.
Ia selepas perunding psikiatri memberitahu, wanita itu mungkin individu paling teruk menderita skizofrenia pernah ditemuinya, menurut DublinLive seperti dilaporkan Daily Star.
AFP pula melaporkan sebuah hospital di Jordan yang berjaya melakukan pembedahan pertama di negara itu untuk memisahkan kembar siam iaitu bayi berusia tujuh bulan dari Yaman.
“Ini adalah prosedur ‘unik dan halus’ yang juga kejayaan perubatan bagi kerajaan,” kata doktor Fawzi Al-Hammouri.
Pembedahan hampir lapan jam dengan penyertaan 25 pakar bedah dan penasihat teknikal dilakukan pada Julai lalu.