Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUANTAN, 9 Mei -- Pasukan keselamatan terdiri Anggota Polis Diraja Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjalankan tugas di sekatan jalan raya (SJR) di pintu gerbang sempadan negeri Pahang dan Terengganu di Kampung Chendor hari ini.?Semua aktiviti rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara tidak dibenarkan, berkuat kuasa esok hingga 6 Jun ini.?Sepanjang tempoh itu juga aktiviti berkaitan sosial, pendidikan dan ekonomi yang boleh menyebabkan perhimpunan atau kesesakan awam, adalah tidak dibenarkan.?--fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA?

Ringkasan Berita Malaysia TVS

ByFirdaus Ismail

Perdana Menteri , Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob percaya masa untuk merentas negeri sudah semakin hampir memandangkan peratusan populasi dewasa yang menerima vaksin di negara ini setakat semalam melebihi 87 peratus.

Perdana Menteri turut menjelaskan langkah kerajaan menaikkan daripada 80 peratus kepada 90 peratus kadar vaksin sebelum kebenaran merentas negeri diberikan bertujuan untuk memastikan tiada negeri ketinggalan sebaik kebenaran rentas negeri diumumkan.

Sesi persekolah secara bersemuka melibatkan 47,000 pelajar dan murid di Kelantan, Terengganu dan Pulau Langkawi, Kedah bermula semalam berjalan lancar selepas hampir enam bulan sekolah ditutup ekoran pandemik COVID-19.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin juga memaklumkan setakat semalam lebih 80 peratus pelajar Tingkatan Lima dan Enam di seluruh negara telah menerima suntikan vaksin.

Kes baharu COVID-19 di Malaysia semalam merekodkan penurunan di bawah 10,000 kes apabila mencatatkan jumlah 9,066.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kali terakhir negara mencatatkan kes baharu di bawah angka 10,000 ialah pada 12 Julai lalu dengan jumlah kes sebanyak 8,574.

Di Ipoh, Perak, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menggelarkan individu yang memberikan komen perkauman terhadap pemain badminton wanita negara, S. Kisona sebagai bangang, bodoh dan tidak tahu menggunakan bahasa yang baik.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) turut mempertahankan pemainnya. Dalam perlawanan separuh akhir Piala Sudirman itu, Kisona tewas kepada pemain nombor lima dunia, Akane Yamaguchi dengan keputusan 7-21 dan 5-21.

Jenazah bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong yang meninggal dunia selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahya di Dungun , Terengganu pada pukul 10.40 malam tadi.

Zolkples ditemui meninggal dunia di rumahnya di Pandan Indah, Ampang semalam akibat penyakit jantung. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan